Philippine Grass

Pilihan bijak untuk mendapatkan 'carpet look' yang cantik dengan bajet lebih jimat.

Kesukaran Penjagaan:

Philippine Grass adalah antara jenis rumput yang paling popular di Malaysia. Walaupun daunnya halus, ia sedikit lebih kasar berbanding Japanese Grass. Dengan warna hijau muda yang cerah, ia memberikan suasana yang segar dan nampak luas pada laman anda.

Rumput ini adalah penyelesaian terbaik bagi mereka yang inginkan rupa karpet yang kemas tetapi pada harga yang lebih mampu milik. Ia sangat lasak dan sesuai untuk aktiviti keluarga di atas rumput.

Untuk memastikan ia kekal sihat, rumput ini memerlukan cahaya matahari yang kuat (4 jam ke atas). Dari segi penyiraman pula, memadai sekadar 2 ke 3 kali seminggu pada musim kemarau sahaja. Jika cuaca hujan, tiada penyiraman manual diperlukan.

Ketebalan Daun
Rasa Pijak
Kepadatan
Penampilan
Kos
Tanya Kami via WhatsApp
Jenis Rumput Lain