Cowgrass
Rumput lasak dengan saiz daun yang lebih besar. Tetap nampak kemas seperti karpet jika dipotong secara berkala.
Cowgrass adalah pilihan yang paling lasak dan tahan lama. Walaupun saiz daunnya lebih besar dan kasar berbanding jenis lain, ia mempunyai daya tahan yang sangat tinggi terhadap aktiviti berat dan cuaca panas Malaysia.
Menariknya, rumput ini masih boleh memberikan rupa seakan karpet yang cantik jika anda rajin memotongnya secara berkala. Akar yang kuat menjadikannya pilihan ideal untuk kawasan yang sering dipijak atau digunakan sebagai tempat bermain.
Sama seperti rumput hidup yang lain, Cowgrass perlukan cahaya matahari kuat (4 jam ke atas) untuk tumbuh rapat. Penyiraman hanya perlu dibuat 2 ke 3 kali seminggu sewaktu musim kemarau, manakala pada musim hujan, ia tidak perlu disiram langsung.