Artificial Grass

Pilihan praktikal untuk anda yang inginkan kehijauan tanpa sebarang usaha penyelenggaraan.

Kesukaran Penjagaan:

Artificial Grass (Rumput Tiruan) adalah penyelesaian terbaik bagi kawasan yang mempunyai kekangan cahaya matahari atau bagi pemilik yang tidak mempunyai masa untuk urusan penjagaan rumput hidup. Rumput tiruan kami adalah spesifikasi outdoor gred tinggi yang direka khas untuk ketahanan cuaca ekstrem Malaysia.

Ia didatangkan dengan perlindungan 3 UV yang memastikan warnanya kekal hijau segar tanpa pudar. Selain itu, ia dilengkapi dengan liang-liang roma (drainage holes) yang efisien, membolehkan air mengalir terus ke bawah tanpa risiko air bertakung atau berlumut di laman anda.

Kami mementingkan kualiti dan kepuasan anda, oleh itu kami memberikan warranty selama 5 tahun untuk setiap pemasangan. Selain ready stock 25mm yang sentiasa sedia, kami juga menerima pre-order untuk ketebalan 30mm sehingga 40mm bagi memenuhi keperluan spesifik laman anda.

Ketebalan Daun
Rasa Pijak
Kepadatan
Penampilan
Kos
Tanya Kami via WhatsApp
Jenis Rumput Lain