Japanese Grass
Rumput yang paling halus dan lembut dengan warna hijau tua untuk kesan premium.
Japanese Grass adalah pilihan utama untuk mereka yang inginkan estetika terbaik. Setiap helai daunnya sangat halus dan lembut, memberikan tekstur seperti permaidani mewah di laman anda. Dengan warna hijau tua yang pekat, ia menonjolkan ciri premium yang sukar ditandingi.
Penjagaan rumput ini sebenarnya mudah asalkan mendapat cahaya matahari yang kuat (4 jam ke atas). Apabila cukup matahari, rumput ini akan tumbuh rapat dan tidak terlalu panjang, memudahkan urusan pemotongan.
Dari segi penyiraman, anda hanya perlu menyiram seminggu 2 atau 3 kali sahaja pada musim kemarau. Jika hujan turun sekurang-kurangnya sekali seminggu, anda tidak perlu menyiramnya secara manual.